Saturday 9 March 2013

Cara Memakai Sendiri DX


Jom tengok video dulu jeng jeng jeng!!!!











Langkah 1: Cara Memakai Panties

  1. Pakai panties seperti biasa
Langkah 2: Cara Memakai Long Girdle
  1. Sarungkan long girdle seperti seluar.
  2. Tarik Long girdle sehingga ke atas pusat. Kemudian masukkan tangan di bahagian paha dan usap ke bahagian punggung. Lakukan lebih kurang 5-10 kali usapan menghala keatas (dari paha ke punggung)
  3. Betulkan kedudukan long girdle supaya selesa dengan keadaan anda.
Langkah 3: Cara Memakai Brassiere
  1. Sarungkan bra ke badan dan masukkan payu dara ke dalam cawan bra (pastikan semua bahagian payudara masuk kedalam cup bra dengan sempurna.
  2. Cakukkan cangkuk di bahagian belakang (teknik ini digunakan bagi mengelakkan material cepat rosak)
  3. Bongkokkan badan dan masukkan tangan ke tali bra dan urut semua lebihan lemak yang ada di bahagian belakang dan bawa ke hadapan (masukkan ke dalam cawan bra)
  4. Betulkan panjang tali bra sehinga mendapat kedudukan yang selesa.
  5. Betulkan kedudukan bra, mana-mana bahagian yang berlipat dibetulkan.
Langkah 4: Cara Memakai Waist Nipper
  1. Cakukkan kesemua cangkuk dibahagian hadapan atau anda juga boleh cakukkan dibahagian tepi supaya jarak untuk pusingkan ke belakang lebih dekat.
  2. Betulkan kedudukan kain yang terlipat di cangkuk agar nanti senang untuk dipusingkan dan cangkuk tidak terlekat direnda long girdle.
    Lipatkan Waist Nipper kebawah
  3. Tegak dan pegunkan badan supaya tidak bergerak, pusingkan waist nipper ke kehadapan
  4. Pastikan reben waist nipper betul-betul berada dihadapan dan berada ditengah-tengah.
  5. Naikkan kembali lipatan waist nipper tadi dan betulkan kedudukan.
Langkah 5: Cara Memakai Body Shaper
  1. Pakai body shaper seperti pakai baju biasa.
  2. Cakukkan kesemua cangkuk dan betulkan kedudukan bahagian yang terlipat supaya selesa.
Ok! sudah siap, anda boleh lah pakai baju dan melangkah dengan penuh keyakinan. 


MACAM MANA NAK BUKA KALAU MAHU KE TANDAS??


 Mengikut pengalaman saya memakai korset , Dx Lingerie adalah yang paling mudah untuk di kendalikan apabila mahu ketandas. Ini cara-cara untuk ke tandas, senang saja.

  1. Lipatkan Body Shaper dan Waist Nipper ke atas.
  2. Tarik Long Girdle ke bawah (long gidle sangat mudah untuk di buka dan di pakai semula.
  3. Apabila telah selesai, tarik Long Girdle ke atas semula. Kemaskan long girdle supaya jangan terlipat.
  4. Kemudian tarik Waist Nipper dan Body Shaper ke kedudukannya semula.
  5. Senang sahaja. Anda tidak perlu mengambil masa yang lama untuk membuka dan memakainya semula.

Cara Mencuci


Cara mencuci Elysyle sangat mudah. Ikuti langkah2 berikut.

Peringatan : Jangan basuh menggunakan Washing Machine kerana texture akan rosak.






Nota Ringkas:

1. Elysyle DX sangat cepat kering. Jika anda lap dengan tuala selepas membasuhnya. dan jemur dibawah kipas, ambil masa hanya 1 jam untuk kering.
2. Pastikan Anda tidak menjemur dibawah cahaya matahari kerana ia akan menyebabkan fabrik cepat rosak.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute